Selasa, 23 Julai 2013

Salasilah Seni Pelaga atau dikenali sebagai Seni Petir Siku 12 .

Cerita ringkas silat pelaga
Salasilah seni pelaga , atau lebih dikenali dengan nama Seni Petir Siku 12

Tok Guru : Allahyarham Tuan Haji Syed Gulamiah Atau dikenali sebagai Guru Dada

Pak Guru : Allahyarham Ayah Saudara Hashim atau dikenali dengan gelaran Pak Hashim Kerbau

Guru : Mohd Razalli Zainuddin lebih mesra dipanggil Pakteh Zali

Cerita Ringkas :

 5 sahabat berguru dengan pengasas Seni yang dimaksudkan dengan Guru Dada
iaitu : 1) Allahyarham Ayahanda Saudara Yahaya
       : 2) Allahyarham Ayahanda Saudara Hashim
       : 3) Allahyarham Pakmat Hamdan
       : 4) Allahyarham Pak Pin
       : 5) Allahyarham Pak Din


1                    Sedikit ulasan seni silat petir siku 12 atau 1 ketika dulu dikenali dengan panggilan silat pelaga.

2                    Tuan haji sheikh dada miah atau dikenali dengan panggilan guru dada pengasas petir  siku 12 , beliau adalah seorang ulama terbilang d tanjung tokong pulau pinang.
3                    Mainan ini juga boleh didapati di daerah sempadan Myanmar  Thailand , manakala di Indonesia ia boleh di dapati di daerah batu sangkar atau pagaroyong di sebelah minang kabau.
4                    Seni silat ini juga agak berlainan dari yang pernah kita tonton sebelum ini ianya banyak menggunakan kaedah kekuatan fizikal .


a) pertama tumpuan kepada kedua siku
b) di hidupkan kepada kedua lutut dan tumit .
c) dihidupkan seluruh anggota badan termasuk dari hujung rambut hingga hujung kaki


5                    mainan petir ini semata-mata menggunakan kekuatan atas kurniaan tuhan . iaitu tulang 4 kerat.

- Sasaran serangan utamanya adalah di 13 daerah tubuh iaitu;
1. Sisi Muka
2. Rahang
3. Sisi Leher
4. Dagu
5. Belakang Tengkok
6. Rusuk
7. Sendi-sendi
8. Ulu Hati
9. Tulang Belakang
10. Penyawa
11. Ubun -Ubun
12. Batang Hidung
13. Titik Saraf


Sebarang pertanyaan berkenaan seni silat  pelaga ini bolehlah berhubung dengan seni petir iaitu Guru Razalli (pak teh)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan