Selasa, 23 Julai 2013

Latar Belakang

LATAR BELAKANG SENI SILAT PELAGA PETIR


Itu nama yang termaktub dalam manuskrip  Sheikh  DADA sebagaimana  tertulis dengan nyata. SILAT PELAGA, SILAT PETIR DAN SILAT MELAYU PULAU PINANG. 

Nama-nama lain yang muncul   kemudian dinamakan oleh pembawanya yang menonjolkan aspek-aspek tertentu dalam permainan ini seperti Silat Siku 12 belas.

Permainan ini bukan seni silat siku semata-mata.Ia adalah seni silat yang mempergunakan seluruh anggota tubuh  badan untuk dijadikan  senjata yang ampuh dalam pertempuran.

Ini terbukti sebagaimana Sheikh Dada sendiri mengamalkannya dalam kehidupan. Pengalaman praktik beliau   ketika menumbangkan para pesaing dan lawannya seperti Wahab Minangkabau,Jaguh tomoi dari Kelantan,  Hasan Shendo dan taiko-taiko yang lain. 


Begitu juga dengan para pesilat warisan DADA seperti Pak Hashim Kerbau, Hamid Chukinik Pak Sahak Kastam, Haji Yahaya Tg To'kong , Ibrahim Bodi dll. Mereka bersilat dengan menggunakan seluruh anggota tubuh. Bukannya siku sahaja.


Pak Hashim sangat unggul dalam permainan siku, Hamid Chukenik sangat mahir dalam tendangan kaki, Pak Ya sangat gemar menggunakan himbauan berkombinasi  dengan buku tangan, siku dan kaki.

Masing-masing ada keahlian yang tersendiri.Bukannya hanya memperkenalkan permainan siku semata-mata.Dari pemerhatian memang siku - gabungan lengan atas dan bawah dengan otot kepak bahu yang kuat "deltoid" terbukti senjata yang amat kuat dan hebat.

Kajian khusus perlu dibuat untuk membuktikan keberkesanannya.Sebagaimana yang dilakukan oleh para pesilat Jepun.Mereka menekuni dan menghalusinya bertahun-tahun untuk mendapatkan hasilnya.

Ia adalah seni gabungan yang mempergunakan segala potensi tubuh untuk dijadikan senjata. Pukulan kombinasi untuk menjatuhkan musuh dengan cepat. Pukulan untuk mencedarakan,meremukkan tulang dan membuat pukulan maut.

Semua anggota terlibat.Dari siku,tangan,buku lima / penumbuk,kaki,lutut, pergelangan kaki, tumit, tunjal kaki, jari, kepala dan seluruh anggota.

Silat ini ialah seni tempur "combat fighting" silat penggempur jarak dekat.Dada menamakannya SILAT PELAGA. Disebabkan permainan ini mengutamakan kederasan dan ketangkasan yang hebat secepat petir yang berdentum DADA menggelarinya SILAT PETIR.

Silat ini dizahirkan di Pulau Pinang. Sesuai dengan tempat kemunculannya ia diisytiharkan sebagai SILAT MELAYU PULAU PINANG.



SHEIKH DADA PENDEKAR MELAYU PULAU PINANG
SEBUAH RENCANA TENTANG SHEIKH DADA. 

ATAS NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR RAHMATNYA LAGI SENTIASA MENCURAHKAN NIKMATNYA 

RIWAYAT HIDUP INSAN BERJASA - SHEIKH DADA TOKOH PENDEKAR MELAYU PULAU PINANG SHEIKH DADAatau Mamu DADA

Nama lengkapnya ialah Sheikh Gulameah bin Sheikh Ahmad Meah. Beliau adalah  seorang tokoh besar dalam ilmu persilatan di Pulau Pinang. Mamu Dada ialah anak kelahiran Kampung Hariat , Mukim Kelawai Pulau Pinang. Pada ketika itu Kelawai ialah sebuah mukim Melayu yang besar


Kelawai mengandungi 12 kampung di dalamnya. Itu menurut kenyataan anak jati Kelawai yang bersia 56 tahun Encik Salahudin Khan bin Biyazid Khan, cucu penakan kepada Mamu Dada.  Di antaranya ialah Kampung  Fuad, Batu Putih, Kampung Belah Dua,Kampung Palembang, Tepi laut Raja, Kampung Sirih   dll.
Beliau dilahirkan pada tahun 1905 dan meninggal dunia dalam umur muda ketika berusia 42 tahun              (1905-1947). Menurut riwayat keturunannya ada mempunyai pertalian dengan Sheikh Yusuf bin Sheikh Abdul Latif seorang meliana Melayu yang terkenal di Pulau Pinang. Beliau mempunyai banyak tanah yang diwakafkan hingga kini terutama di Air Itam.

Walau pun usianya pendek beliau telah meninggalkan jasa dan kazanah berharga untuk bangsanya iaitu suatu jenis seni persilatan yang hebat. Sesuatu yang terhasil daripada pencarian sepanjang hayat. Nama beliau dikenang-kenang sehingga ke hari ini oleh para pencita seni silat Melayu. Terutama di P.Pinang, Sheikh Dada telah menjadi satu legenda.

Secara tidak langsung beliau adalah budayawan dan karyawan rakyat yang genius kerana telah menghasilkan sesutau yang baru dan asli “ SENI SILAT PELAGA”atau SENI SILAT PETIR DAN SENI SILAT MELAYU PULAU PINANG.

Pada batu nisannya tertulis kata-kata “ Jasa tidak binasa dikurnia oleh para muridnya”.


Ungkapan ini sangat benar. Sebagaimana kata Presiden Sukarno:

 “ Hanya bangsa yang besar mengenang jasa para pahlawannya”. Jadi marilah kita merungkai tentang sumbangan Sheikh DADA kepada warisan peradaban bangsa kita sehingga wajar dijulang sebagai tokoh yang gemilang.

Tokoh ini sebelum menjadi mahaguru silat telah mempelajari 17 jenis seni bela diri meliputi seni persilatan Melayu, Cina,India, Jepun, Korea, Siam dan Alam Melayu. Di antaranya yang dipelajari ialah seni silat sendeng, kuntau, salembom tawgaw, tomoi, Jujitsu dan sebagainya. 

Beliau tokoh yang berfikiran terbuka, besifat global, sedia mempelajari apa jua ilmu persilatan. Beliau juga mahir bermain dengan berbagai jenis alat senjata. Sama ada besi, kayu, ekor pari, tekpi, pedang keris dan tanduk. Juga menguasai seni gerak dalam berbagai jenis tari silat Melayu.                                                   

Seluruh hayatnya ditumpu dan ditumpahkan dalam ilmu persilatan. Ini membawanya mengembara ke pelusuk alam Nusantara. Akhirnya kembali ke P.inang di pertengahan 1930an. Setelah membuat penyelidikan dan bereksperimen selama 15 tahun  sebelum  mencetuskan seni silat baru.

Seni yang terhasil daripada gabungan pengalaman berbagai jenis ketrampilan. Seni silat yang tidak ada sebelumnya dan bersifat moden. Dinamai “ SILAT PELAGA”. Perkembangan daripada silat ini menjadi SILAT PETIR kerana daya ketangkasan buah pukulannya persis kelajuan petir .

Silat ini apabila telah mantap beliau isytiharkan “SILAT MELAYU P.PINANG”. Pada asalnya khas menjadi pusaka masyarakat Melayu P.Pinang. Silat Pelaga daya cipta Sheikh Dada ialah sejenis “combat fighting” seni tempur jarak dekat yang mampu membuat pukulan maut.


Seni ini mengggabung permainan kaki, tangan, siku, lutut, pergelangan tangan, buku-buku anggota dan seluruh bahagian tubuh yang dapat dimanfaatkan menjadi senjata apabila dilatih dengan cekap dan jitu.

 Falsafah silatnya bersifat universal dan amat praktikal. Beliau berkata : Ø

 SEMUA JENIS PERMAINAN SILAT ADA KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA. SIAPA YANG CEPAT DIALAH YANG DAPAT. JADI BERLATIHLAH DENGAN PENUH KUDRAT DARI SEGI SPEED ,POWER AND ACCURACY – KELAJUAN,KEKUATAN DAN KETEPATAN 

Ø BERLATIH DENGAN BESI TIDAK AKAN RUGI, IA PASTI BERGUNA DI KEMUDIAN NANTI

Ø PENTING SEKALI MEMANDANG SETIAP GERAK MUSUH WALAU APA GERAK SEKALI PUN. TERLINTAS DIFIKIRAN SEKALIAN ANGGOTA BEKERJA. 

Ø ADA TIGA JENIS PUKULAN DALAM PERSILATAN, PUKULAN UNTUK MENCEDARAKAN MUSUH, PUKULAN UNTUK MEMATAHKAN TULANG DAN PUKULAN MAUT YANG DITUJUKAN PADA POINT-POINT TERTENTU.

Ø TUNTUTLAH ILMU YANG BOLEH BAGI TAKUT KEPADA TUHAN RABBUL ALAMIN HINGGA MENGGELETAR ANGGOTA-ANGGOTA KITA SEKALIAN DENGAN SEBENAR-BENARNYA 

Sheikh ini bermaksud mengajar ilmu silat secara lengkap, berdisiplin dan moden dengan membawa permainan ini ke dalam jim. Beliau telah menyusun silibasnya, sistem latihan, pemakanan, perubatan dan sistem penarafannya.Tujuannya untuk mengangkat darjat seni silat Melayu ke mercu antarabangsa setanding dengan silat-silat lain di dunia. 

Beliau juga seorang tokoh perubatan yang telah menulis manuskrip perubatan, mengupas tentang jenis – jenis penyakit dan penawarnya bermula daripada kesakitan di bahagian kepala dan turun ke bawahnya sehingga meliputi seluruh anggota. Beliau telah berjaya merumuskan satu jenis makjun yang bernama “PAKAN” yang terbuat daripada bahan logam yang dipermatikan bisanya sehingga boleh dimakan. Para pesilat yang menggunakan makjun ini berupaya berlatih silat berjam-jam lamanya tanpa letih.

 Tokoh ini mempunyai wawasan yang jauh ke depan, menganalisis punca kemunduran bangsanya dan langkah maju untuk mengatasinya. Kepada bangsanya disampaikan mesej ini:

”A NATION CAN ONLY BE STRONG, RICH, PROSPROUSE, INDUSTRIUS AND ETC BY THESE TWO POWERS NAMELY THE BRAIN POWER AND THE BODILY POWER. IN ORDER TO ACHIEVE THESE POWERS WHICH OUR EASTERN PEOPLE HAS BEEN LACK OF OR ENTIRELY IGNORE AND WHICH IS THE MOST IMPORTANT TO HUMAN KIND MUST BE TRAINED AND EXERCISES TO STRENGTHEN.

THE BRAIN POWER AS WE ALL DO TO OUR BODIES . BY THIS STRENGTHENED BRAINS AND BODIES OUR EASTERN PEOPLE CAN BE STRONG, CLEVER, RICH, PROSPEROUSE AND INDUSTRIOUS. FOR EXAMPLE IT IS NOT THE ATOMIC BOMB IS MUCH POWERFUL BUT THE VERY BRAIN OF SCIENTIST IS THE MOST POWERFUL AND DANGEROUS AND THAT THIS VERY BRAIN THAT DESTROYS THE ALL HUMAN KIND”.

Sesebuah negara nescaya menjadi kuat dan hebat, kaya dan makmur, cekap dan berktrampilan apabila berjaya membangunkan dua jenis kekuatan iaitu kekuatan rohani dan jasmani. Dalam usaha mencapainya, bangsa-bangsa di timur bukan sahaja serba ketinggalan malahan telah mengabaikannya sama sekali. Kedua jenis kekuatan ini perlu dilatih dan dibangunkan dengan teguh. Hasilnya pasti melahirkan masyarakat kita yang kuat, hebat, makmur, kaya raya, dan cekap. Sebagai contoh bukanlah kekuatan ledakan bom atom yang terhebat. Kehebatan yang sebenar terletak pada otak saintis yang menghasilkannya. Kekuatan minda yang mencetuskannya itulah yang maha hebat dan berbahaya. Kekuatan itulah yang sebenarnya telah memusnahkan umat manusia. Dalam usaha melatih tenaga dan kekuatan rohani, 

Dada telah memberikan beberapa tunjuk ajar. Beliau telah mengamalkannya dan berjaya melalui berbagai cabaran di sepanjang hayatnya dengan berpegang kepada keyakinan ini : 

DENGAN SEMANGAT ISLAM YANG CUKUP KERAS DAN CUKUP SINAR MELAWAN DENGAN SEKALIAN NAFSU HASAD DAN LAIN-LAIN NAFSU. DENGAN KUASA TUHAN YANG BERKUDRAT, LAGI SUCI, LAGI HIDUP, LAGI MENDENGAR, LAGI TUNGGAL DAN LAGI BERSIFAT DENGAN SEGALA SIFAT KESEMPURNAAN DAPATLAH AKU MENAKLUK SEKALIAN NAFSU-NAFSU HASAD DAN LAIN-LAIN NAFSU YANG MEMBINASAKAN SEKALIAN AKAL, HATI DAN ANGGOTA-ANGGOTA MANUSIA. DENGAN BERKAT DOA LAILAHA ILLALLAH MUHAMADAR RASULULLAH


SHEIKH GULAMEAH SHEIKH AHMAD MEAH 1947. 

Tokoh ini telah pergi meninggalkan kita 65 tahun yang lampau. Namun jasanya kian terserlah dan kini dikenang oleh kerajaan Malaysia sebagai pendekar negeri Pulau Pinang. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia terutama atas keperihatinan Y.A.B. Perdana Menteri yang memberi pengiktirafan terhadap jasa beliau sebagai pendekar dan budayawan rakyat P.Pinang. Pada kami Melayu P.Pinang, beliau adalah tokoh terunggul dalam dunia persilatan. Ia telah membuka dimensi baru dalam dunia seni bela diri. Sebagaimana Syed Sheikh Al Hadi diiktiraf sebagai bapa Pendidikan Islam Moden dan P.Ramlee sebagai Seniaman Agong.Beliau adalah TOKOH PERSILATAN MELAYU MDEN. 

Akhir kata benar

 “SESUNGGUHNYA “JASA TIDAK BINASA” SHEIKH GULAMEAH BIN SHEIKH AHMAD MEAH “DADA” ( 1905-1947) TOKOH PERSILATAN MELAYU MODEN MENCETUSKAN DIMENSI BARU DALAM PERSILATAN MELAYU NUSANTARA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan